Saturday, May 23, 2009

Siapa Buta Hati & Buta Akal?

SIAPA BUTA HATI DAN BUTA AKAL?

Apa sebabnya berlaku pelbagai masalah dalam masyarakat? Daripada ahli politik yang merebut kuasa dan melakukan rasuah, ahli agama dan para ilmuan yang bertelagah, remaja yang menjadi mat rempit, perempuan yang membuang anak, peragut yang kejam, dan banyak lagi jika mahu disebut semua.

Mereka sebenarnya adalah manusia bermasalah kerana hati dan akal mereka sudah buta!

Sesiapa yang mempunyai HATI yang buta maka dia tidak akan kenal Allah. Justeru itu dia tidak akan kenal kebenaran dan kebaikan. Sesiapa hatinya buta, akan timbul penyakit mazmumah atau keji dalam dirinya. Di antara penyakit mazmumah ialah tidak ada perasaan timbang rasa, tidak ada rasa syukur, tidak rasa bersalah atau dosa apabila membuat salah dan maksiat, tidak ada rasa jijik dengan kemungkaran. Hatinya telah buta kerana berperanan mengikut pimpinan hawa nafsunya yang jahat. Itulah bosnya kini yang sentiasa mengarah hati melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Akibatnya wujudlah kelakuan syaitan saperti suka mengumpat, menfitnah, sombong, ego, atau berkelakuan seperti haiwan yang hanya memikirkan makan, minum, hiburan dan seks.

Itulah akibatnya jika hati sudah tidak berperanan lagi dan sebaliknya nafsu sudah mengambil alih tempatnya (hati). Ia sudah tidak berperanan seperti biasa lagi. Firman Allah dalam Al Quran - terjemahannya:

"Sesungguhnya Kami peruntukkan untuk Neraka Jahanam kebanyakannya terdiri dari jin dan manusia: bagi mereka ada HATI , (tetapi) tidak mahu memahami (isi Al Quran) dengan HATI nya, dan bagi mereka ada mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengan mata nya dan mereka bagi mereka ada telinga, (tetapi) tidak mahu mendengar dengan telinga nya.Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat. Mereka itu ialah orang yang lalai". (Al A"raf:179)

Orang yang buta AKAL pula ialah orang yang tidak mahu gunakan fikiran walaupun dia mempunyai otak yang tajam dan cerdik. Maka apabila akalnya buta dia tidak dapat menangkap ilmu dan pengalaman hidup. Buah fikiran akan menjadi tidak rasional. Jika dia seorang ulama atau pemimpin maka rosaklah masyarakat itu.

- Amri el Wahab

*(Petikan ini ku edit sedikit kerana pelbagai kesalahan tatabahasa, ejaan, noktah, spacing...DLL)*

Sabda Rasulullah s.a.w

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya " Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk neraka. Dan barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari Allah."

Khas buat Mak, Ibu, Umi, Mama....



Petikan ini sudah beberapa kali ditemui daripada pelbagai email ‘forward’ yang dikirimkan oleh teman-teman siber. Ternyata nilai petikan ini adalah begitu berharga dan tidak hanya keluar semasa musim perayaan 'sambutan hari ibu' tetapi ia juga tetap berharga sepanjang masa. Petikan ini kutujukan khas buat semua mak, ibu, umi, mama, mami, mommy diluar sana… Terutama untuk emakku, Mariam Zakariah… yang kini jauh dimata… tetapi emak sentiasa dekat dihati. Insyallah panjang umur, kita jumpa lagi ya… Rindu sangat pada emak.

---------------

Aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila menangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut perayaan istimewa.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-----------

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

-------

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Hadiah Paling Berharga untuk Insan yang diKasihi



Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang sesuai dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin mendengarnya.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Sumber ~ Putratropika

(Sumber:Jnk.yahoogroups.com)

Wednesday, May 20, 2009

Pantun: Kawan Berkawan

Dari dulu kita berjalan
Hingga kini tidak berhenti
Dari dulu kita berkawan
Hingga kini tetap di hati

Hingga kini tidak berhenti
Walau jauh beribu batu
Hingga kini tetap di hati
Walau datang pelbagai hantu

Walau jauh beribu batu
Semangat juang tetap diperah
Walau datang pelbagai hantu
Kasih kita tetap terserlah

Semangat juang tetap diperah
Demi menawan puncak tinggi
Kasih kita tetap terserlah
Tersemat ia di lubuk hati.

Demi menawan puncak tinggi
Menempa jaya dengan megah
Tersemat ia dilubuk hati
Tetap padu tak mungkin goyah

Sekian. Terima kasih.

orangkampong
Pekan Pahang.
010509

Funny Poem : Ten Little Gigabytes

Ten Little Gigabytes


Ten little gigabytes, waiting on line
one caught a virus, then there were nine.

Nine little gigabytes, holding just the date,
someone jabbed a write protect, then there were eight.

Eight little gigabytes, should have been eleven,
then they cut the budget, now there are seven.

Seven little gigabytes, involved in mathematics
stored an even larger prime, now there are six.

Six little gigabytes, working like a hive,
one died of overwork, now there are five.

Five little gigabytes, trying to add more
plugged in the wrong lead, now there are four.

Four little gigabytes, failing frequently,
one used for spare parts, now there are three.

Three little gigabytes, have too much to do
service man on holiday, now there are two.

Two little gigabytes, badly over run,
took the work elsewhere, now just need one.

One little gigabyte, systems far too small
shut the whole thing down, now there's none at all.

(Source:jokes.com/ptoday)

Tuesday, May 19, 2009

Satu peringatan untuk semua

Solawatun Nabi suatu yang mulia
Zikrullah adalah agung sekali
Berhati-hatilah jangan sampai dilacurkan
Atau dinodai

Takutilah Allah ayat-ayatnya jangan dicemari
Ayat-ayatnya kenalah dijaga dan dihormati
Jangan dicampuradukkan dengan noda dan dosa
Jika dilakukan satu penghinaan
Kepada ALLAH
Tuhan yang maha esa

Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci
Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan
Untuk berlalai-lalai
Atau mencari rezeki
Jangan dijadikan lafaz-lafaz yang mulia
Untuk cari nama untuk dapatkan harta dunia dan glamuor

Mencari makan luas gelanggangnya
Seluas bumi tuhan di dunia ini
Jangan lah mencari makan dengan kalimah yang suci
Takutilah allah malulah dengan diri sendiri

Jangan pula kerana nama dan glamour
Kalimah suci dinodai malulah kepada tuhan
Dan malulah juga dengan orang mukmin
Kerana tuhan melihat dam orang mukmin memerhati
Takutilah ALLAH
Agar kita sentiasa berhati-hati...

Monday, May 18, 2009

Mutiara Kata

Antara perangkap syaitan ialah
Derhaka dengan nikmat Allah
Angkuh dengan pemberian Allah
Sombong kepada hamba hamba Allah

Jagalah lidah mu sebelum ia melukakan hati orang
Jagalah tingkah laku mu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

Janganlah mendongak ke langit kerana angkuh
Atau tunduk ke bumi kerana putus asa.
Berhati hati lah semasa berbicara,
kerana lidah itu juga bolih tergigit pada bila bila masa.

Apabila engkau bersabar
akan timbul kekuatan dalam diri mu dan memperolehi pahala
Tetapi jika engkau berkeluh kesah
Ia akan menimbulkan kelemahan.

Ilmu itu kekuasaan pertama
Benda itu kekuasaan kedua
Ada emas semua kemas
Ada wang semua sayang
Ada padi semua menjadi

Jangan lah hendaknya kecintaan mu terhadap sesuatu
membuat kamu menjadi lupa
Dan kebencian mu terhadap sesuatu itu
membuatkan kamu hancur.

Jika kamu berada dalam majlis jamuan
hendaklah menjaga perangai
di rumah orang menjaga mata
dalam solat menjaga hati
dan dalam pergaulan menjaga lidah.

(Sumber:saujanaku.yahoogroups.com)

Sunday, May 17, 2009

Novel yang baru dibeli...



Dua novel yang dibeli petang tadi daripada Popular @ Jusco Cheras Selatan

Bengkel Teknik Penulisan : Surah Yusuf - 17.05.09

Satu lagi sesi pembelajaran di bengkel PTS... ternyata banyak ilmu sudah diperolehi.
Semangat semakin berkobar-kobar untuk menghasilkan karya...
Doakan ya...
Dan akan mula mempraktikkannya dalam blog ini... Insyallah...

Another Book Fair : 29 May - 7 June 2009



Name : Read Malaysia 2009

Date : 29 May - 7 June 2009

Time : 11am - 10pm

Venue : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City

Organized by : MINES Exhibition Management Sdn Bhd

Endorsed by : Ministry of Education

http://www.readmalaysia.my

(Thanks to Pn Ainon Mohd @ www.universitipts.com)

Praktikal dengan Danial : Bahasa Melayu Tinggi

Sifu penulisan yang terkenal, Puan Ainon Mohd menyarankan agar ibu-bapa berkomunikasi dengan anak-anak menggunakan bahasa melayu tinggi. Walaupun anak itu masih kecil dan kemungkinan besar tidak memahami apa saja yang dituturkan oleh ibu-bapanya, setiap patah perkataan yang digunakan akan tertanam dalam minda mereka tanpa disedari. Logiknya, setiap perkataan / ayat yang dituturkan atau output, mesti ada sesi inputnya. Insyallah, jika kita menggunakan bahasa melayu tinggi atau bahasa melayu skema dengan anak-anak kita, mereka juga akan biasa menggunakan bahasa melayu tinggi dalam kehidupan mereka, terutamanya dalam pembelajaran di sekolah dan seterusnya di universiti dan tempat kerja kelak.

Nekad untuk memulakan sesi praktikal ini dengan Danial di rumah. Daripada dulu lagi, memang sudah berpesan dengan si suami, adik-adik dan sesiapa sahaja yang sering berinteraksi dengan Danial supaya jangan menggunakan bahasa 'baby' atau bahasa yang pelat. Bercakap dengan Danial mesti menggunakan bahasa yang betul, baik bahasa melayu atau bahasa inggeris. Biar Danial belajar bahasa yang sebetulnya. Alhamdulillah, ia adalah satu langkah yang betul. Kini Danial sudah sangat petah berkata-kata sehingga tidak terlayan oleh mereka semua.

Langkah seterusnya ialah untuk menggunakan bahasa melayu tinggi. Bak kata Pn Ainon, bahasa melayu rendah apabila berkomunikasi dengan anak hanya menggunakan maksimum 3 patah perkataan dalam satu ayat. Wah... memang betul.

"Danial, jom mandi!" (3 patah perkataan)
"Danial, turun cepat!" (3 patah perkataan)
"Danial, minum susu!" (3 patah perkataan)
"Danial, mari tukar lampin!" (naik jadi 4 patah perkataan, tapi masih pendek)
"Danial, kesat cepat!" (3 patah perkataan)
"Danial, jom tidur!" (3 patah perkataan)
"Danial, jom jalan!" (3 patah perkataan)
"Danial, jangan bising!" (3 patah perkataan)

Senarai itu sebenarnya panjang lagi...tapi ini saja sudah cukup untuk membayangkan bilangan perkataan yang sudah tertanam dalam minda Danial... hmmm....

Selepas ini, insyallah, akan cuba mempraktikkan bahasa melayu tinggi dengan Danial. Masih belum terlambat, Danial baru 2 tahun...jauh lagi perjalanan hidupnya. Mari buat semakan bahasa yang sepatutnya digunakan...

"Danial, mari kita pergi mandi kerana hari sudah petang." (9 patah perkataan)
"Danial, mari kita pergi mandi kerana kamu sudah berbau busuk." (10 patah perkataan)
"Danial, sila turun daripada kerusi itu cepat sebelum Umi naik angin!" (11 patah perkataan)
"Danial, mari minum susu yang sudah siap ini dan lepas ini kamu boleh tidur." (14 patah perkataan)
"Danial, mari sini, kita tukar lampin itu yang sudah penuh dan berbau busuk." (13 patah perkataan)
"Danial, sila ambil kain basahan ini dan cepat kesat tumpahan susu di atas lantai itu!" (14 patah perkataan)
"Danial, Umi tahu kamu sudah mengantuk, oleh itu mari kita masuk ke dalam bilik dan tidur." (15 patah perkataan)
"Danial, mari Umi mandikan awak dan pakaikan baju cantik, supaya lepas ini kita boleh pergi berjalan-jalan." (16 patah perkataan)
"Danial, sila jangan buat bising kerana Umi mahu menyiapkan kerja yang perlu dihantar pada hari ini!" (17 patah perkataan)

NAMPAK PERBEZAANNYA???


Gambar Danial semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas ...

Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu Tinggi 16.05.09

"Apakah bahasa melayu yang dituturkan oleh kita seharian bukan bahasa melayu tinggi?"

Soalan ini bermain-main di mindaku ketika menurunkan butiran peribadi ketika mendaftarkan diri untuk menghadiri Bengkel Bahasa Melayu Tinggi anjuran PTS Publication.

Ternyata bagi seseorang yang cintakan ilmu, peluang seperti ini tidak kulepaskan. Setiap hari, pasti ada sahaja ilmu baru yang boleh dipelajari. Apa yang penting ialah minat dan initiatif individu itu untuk membuat analisis tentang apa sahaja yang dilaluinya. Aku memang seorang yang analitis. Setiap peristiwa yang berlaku, setiap perkataan yang dituturkan, setiap perbuatan yang dilihat akan dianalisis. Kadang-kadang, terasa sedikit penat walaupun aktiviti seharian tidak memerlukan aku bergerak secara aktif dari segi fizikal (melainkan mengejar Danial ke sana dan ke mari). Mungkin kerana mindaku yang sentiasa bekerja aktif setiap masa menganalisa hampir segala-galanya.

Berbalik kepada cerita bengkel ini. Ternyata tajuk ini menarik minat ramai pencinta bahasa melayu termasuk diriku. Buktinya, bilangan peserta yang begitu ramai sehinggakan terpaksa duduk di luar kelas! Pintu kelas dibuka luas, dan kelihatan beberapa orang duduk di atas kerusi di luar kelas... cuba menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang diberikan oleh Pn Ainon.

Aku sedikit beruntung kerana apabila tiba di lokasi bengkel itu, walaupun kelas itu sudah penuh, masih terdapat satu ruang kosong di hadapan kelas, betul-betul bersebelahan dengan meja pengajar. Apa lagi, ku angkat kerusi daripada bilik kosong berhadapan kelas tersebut, lalu ku gagahi mengangkat kerusi itu sehingga ke hadapan kelas. Front row seat!

Ilmu yang dipelajari pada sesi itu memang begitu menarik! Rupa-rupanya, memang ada perbezaan bahasa pertuturan dan bahasa melayu yang sepatutnya dipertuturkan. Isu bahasa ini ternyata sesuatu yang amat serius! Bukan sesuatu perkara yang boleh diperlekehkan. Aduhai...ternyata perjuangan bahasa ini adalah sesuatu yang bukan mudah...tetapi ianya bukannya mustahil.

Kini, apa yang ku sangka selama ini memang terbukti sah. Pn Ainon telah berkongsi satu kajian yang dilakukan oleh Basil Berstein selama 25 tahun di London. Kajian ini mengkaji perbezaan prestasi pelajar dari kelas pertengahan / middle class dan kelas bawahan / lower class. Dengar sahaja frasa middle class dan lower class , satu gambaran mula berbentuk di minda. Orang kelas bawahan yang miskin dan duduk di kawasan setinggan? Ataupun orang yang tidak minat belajar tetapi dipaksa untuk belajar?

Rupa-rupanya, kelas pertengahan itu adalah individu yang berketurunan ibu-bapa yang berpelajaran dan mempunyai ijazah...dan kelas bawahan itu merangkumi individu yang mempunyai ibu-bapa yang tidak mempunyai ijazah.

Jadi, nampaknya aku ini tergolong dalam kumpulan kelas pertengahan. Abah merupakan seorang jurutera eletrik berkelulusan daripada universiti di London... dan Emak...hampir mendapat segulung ijazah kejuruteraan awam daripada Universiti teknologi Malaysia...cuma dia tidak menamatkan sesi pembelajarannya. Namun begitu, sekarang dia sudah memiliki ijazah di dalam bidang perakaunan! Walaupun sudah berumur, dan anak-anaknya sudah besar panjang, alhamdullillah cita-citanya tercapai.

Patutlah aku ni memang tidak pernah membahasakan diriku sebagai 'aku' ketika berbicara atau berbual-bual dengan teman-teman. Abah dan emak tidak pernah menggunakan 'aku' atau 'kau' ketika berkomunikasi dengan kami. (Namun, dalam penulisan seperti ini, kadang-kadang perkataan 'aku' digunakan...ianya hanya keluar dimindaku...bukan ditutur olehku.)

Buktinya... semasa aku aktif dalam kegiatan belia dan sukarelawan beberapa tahun yang lalu, hampir semua teman, baik lelaki atau perempuan, baik bertudung atau free hair, semuanya menggunakan 'aku' dan 'kau' dalam pertuturan mereka. Apabila mereka berkomunikasi denganku, aku akan tetap membahasakan diriku 'saya' atau 'I' apabila berbahasa Inggeris. Tidak pernah 'Aku', mengikuti bahasa pertuturan mereka. Pada masa itu, perkataan 'aku' itu aku anggap sebagai sedikit kurang ajar, dan walaupun terasa sedikit pelik sebab dilihat sebagai skema...aku tetap terus menggunakan 'saya' dan 'awak'.

"Tim, kau ni macam budak skema aja. Aku pelikss... Relax ahhhh beb!... jangan serious giler jerrrr"

"Tidak mengapa, saya selesa macam ni, tak kisahlah apa2 pun. Janji kita enjoy!"

Lama-kelamaan semua teman sudah biasa berkomunikasi dengan cara ini, masing-masing selesa dengan cara sendiri.

Berikut antara perbezaan ketara antara bahasa kelas pertengahan dan kelas bawahan. Kelas pertengahan menggunakan bahasa 'Elaborate Code' dan kelas bawahan menggunakan bahasa 'Restricted Code'. Elaborate code adalah bahasa yang kompleks, bahasa formal yang digunakan dalam peperiksaan dan juga dalam organisasi. Ianya dikatakan kompleks kerana jumlah perkataan yang digunakan lebih banyak, kata sendi yang digunakan lebih banyak, kata imbuhan/penambahan lebih banyak, jumlah frasa lebih banyak dan struktur ayat adalah sangat berbeza dengan bahasa restricted code.

Patutlah selama ini aku sering sahaja membetulkan bahasa yang digunakan oleh teman-teman. Natural instict rupanya, memperbaiki stuktur ayat dan bahasa pertuturan orang lain. Geli hati juga bila kukenang kembali detik-detik lampau... Apabila ada sahaja aktiviti yang memerlukan liasion officer atau pegawai perhubungan awam... akulah orangnya, baik dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. Mungkin lebih kepada berbahasa inggeris, kerana aku boleh berbahasa inggeris dengan fasih, berkomunikasi dengan para belia daripada seluruh pelusuk dunia. Kadang-kadang aku juga dianggap sebagai kamus bergerak dan ada juga yang mengelarku sebagai kaunter pertanyaan!

Aku juga faham kenapa aku tidak minat membaca blog individu yang menggunakan bahasa pasar, bahasa sms, bahasa inggeris yang dimelayukan (yang pasti tidak disahkan oleh DBP)... sebab semua adalah usaha untuk membinasakan bahasa melayu kita! Apa yang kita baca akan tertanam diminda, samada kita sedari atau tidak, dan inilah bahasa yang akan keluar dari mulut kita. Kalau kita membaca bahasa yang tidak 'senonoh'... atau yang pelik...atau yang ternyata bahasa yang mencederakan minda (bak kata Pn Ainon), inilah ilmu bahasa yang dipelajari dan dikeluarkan. Adakah bahasa SMS boleh digunakan di dalam peperiksaan Bahasa Melayu UPSR, PMR, SPM dan STPM? Adakah bahasa SMS boleh digunakan ketika mahu menulis surat formal kepada pensyarah universiti, dekan, bos atau rakan sekerja atau surat rasmi kepada pihak kerajaan (ketika mahu memohon tender atau biasiswa)?

Sunday, May 3, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 17-26 April 2009 (1)



"Ada apa dengan Pesta Buku Antarabangsa?"

Sebagai seorang individu yang sememangnya minat segalanya berkaitan buku, Pesta Buku Antarabangsa sememangnya satu peristiwa yang terlalu penting untuk dibiarkan begitu sahaja. Hendak dijadikan cerita, akhirnya aku sampai juga di PWTC Kuala Lumpur pada hari selasa 21 April 2009. Aku ditemani oleh si kecik Danial ... dan juga makngahnya...adikku yang no 2... Kami memang sengaja pergi pada hari bekerja, untuk mengelakkan kesesakan di PWTC nanti... Bukan jalan raya saja yang sesak ya... dalam bangunan pun boleh sesak! Terutamanya apabila ada majlis / peristiwa seperti ini... kami tiba dalam jam 11pagi... itupun ruang letak kereta di dalam bangunan PWTC itu sendiri dah PENUH! Ada ke patut... ternyata ramai orang sudah tiba di pesta buku itu. Berpusing keluar dari ruang letak kereta di bawah... and tiba di bahagian atas. ADA! Aku ternampak seorang lelaki yang melambai-lambai sambil menunjukkan kepada kawasan letak kereta yang berdekatan.

Aku menurunkan tingkap kereta lalu bertanya, "Berapa bang?".

Lelaki itu membelek-belek timbunan tiket yang dipegangnya "Lapan ringgit aja!".

Aku risau kalau bayaran itu untuk setiap satu jam...lapan ringgit sejam! Mampus nak bayar... adoi!

"Untuk berapa lama?"

Lelaki itu mengesat peluh didahinya dengan tangannya. "Tidak kisah berapa lama pun. Bayar sekali masuk!"

Hari memang panas. Khabarnya sekarang suhu sudah mencapai 40C disebabkan oleh pemanasan global...

Kedengaran suara dari belakang kereta, "Bayar jelah Along! Okaylah tu lapan ringgit sekali masuk. Kita mungkin akan duduk lama kat pesta buku ni!"

Rupanya Angah mendengar perbualanku dengan abang penjaga tempat parking itu...walaupun dia sibuk melayan Danial yang tidak boleh duduk diam di tempat duduk belakang...

Aku pun mengeluarkan not merah dari begku yang diletakkan dikerusi sebelah.

"Ok, ok..."

Abang itu mengambil not merah yang diberikan dan memberikan baki dua keping duit biru.

"Terima kasih. Ini resitnya"

Abang itu segera membuka palang untuk membenarkanku memandu masuk ke kawasan parking itu.

Aku berpusing mengelilingi beberapa buah kereta yang sudah tersusun disitu...

Alamak! Takkan takda parking! Kan dah bayar!Adoi! Aku mula risau dan mengerutkan dahiku... dan nampak kelibat abang tadi berdiri di satu ruang kosong di tepi tiang bendera yang ada di hadapan bangunan PWTC.. ada pun parking!

Selepas kereta sudah diletakkan di tempat yang disediakan...aku mengeluarkan beg galas yang mengandungi barang-barang keperluan Danial...

"Ngah, awak bawak Danial, Along bawak beg dia okay"

"Baikkkk... Danial jom!"

Kemudian kami berjalan untuk mencari pintu masuk untuk ke Pesta Buku... tapi tidak jumpa pulak.

Angah menunjukkan ke arah berhadapan dengan tempat letak kereta tadi... kelihatan ada beberapa orang berjalan ke arah sana... "Along! sebelah sana kot? jom!"

Kami pun segera mempercepatkan langkah menuju ke arah yang sama... pada masa yang sama untuk mengelak cuaca yang semakin panas...

Pintu automatik itu segera terbuka apabila kami berada didepannya...

"Wahhhhhhhhhhhhhh!" Danial memang begitu setiap kali dia melihat apa saja yang dirasakan menakjubkan...

Angin sejuk daripada alat penghawa dingin yang terletak betul-betul di atas pintu itu, melegakan sedikit rasa panas yang membahang...

Angah kelihatan keliru dengan apa yang dilihatnya... "Aik? Ini bangunan apa nie? betul ke PWTC ni???"

BERSAMBUNG...

ps: dah jam 4pg nie...serius!...zzzzzzzzzzz

Kini Mei Tiba


April tiba dan pergi. Kalau ikutkan memang banyak benda yang dilakukan pada bulan April yang lepas, tapi entah mengapa...tiada satu pun nukilan dicoretkan dilaman blog ini. Macam pelik juga...yalah, memandangkan aku ni sebenarnya orang yang memang suka menulis...tapi entahlah...seperti tiada daya untuk menatap pc ini lama-lama dan mula menaip ... mungkin disebabkan bahuku yang sering sakit ini ... menghalang aku untuk meluangkan lebih banyak masa berkongsi cerita di sini...

Aktivitiku pada bulan April? Hmm...setiap sabtu pada bulan April memang khas untuk menghadiri kelas penterjemahan di ITNM... dan tanggal 25 April... itu tarikh peperiksaan nya... telah selamat kududuki peperiksaan itu. Kini, aku berdebar-debar menantikan keputusannya. Kalau diikutkan hati, semua orang pun mahu lulus dengan cemerlang dalam apa-apa peperiksaan pun...insyallah doakan yang terbaik. Aku dah cuba yang terbaik...harapnya keputusannya yang terbaik... AMIN...