(Nota bertarikh 4.1.90)
Persetiaan Tunas Puteri
Dengan sesungguhnya saya berjanji:
1. Akan menjalankan kewajipan saya kepada TUHAN, Raja, dan Negara saya Malaysia
2. Menolong orang setiap hari, terutamanya mereka di rumah
3. Mematuhi undang-undang Tunas Puteri
Undang-Undang Tunas Puteri
1. Tunas Puteri selalu menurut ajaran orang yang lebih tua daripadanya
2. Tunas Puteri tidak menurut kehendak hatinya sahaja
------
Yang no 1 tu selalu dipraktikkan sekarang , tapi kadang2 ada juga melawan ajaran orang yang lebih tua ... tapi bersebablah ... kalau tiada sebab .. itu dah kira macam kurang ajerrr pulak... hmmm...
Yang no 2 tu... sekarang ni tak guna sangat, yalaah... sebab sebilangan besar keputusan yang dibuat adalah menurut kehendak hati sahaja... ahahha... tapi jangan risau, terdapat banyak lagi ruang untuk apa saja pandangan, cadangan and kritikan yang membina...
-----
Kumpulan Tunas Puteri
Bunga Kesidang - Kesidang datang, menolong pagi dan petang
Bunga Siantan - Siantan datang berkawan, berani macam pahlawan
Bunga Melur - Melur taat dan setia, berusaha setiap masa
Bunga Kenanga - Kami bernama kenanga, berjasa bertenaga
Bunga Teratai - Teratai nama kami, bekerja setiap hari
Bunga Cempaka - Cempaka bersukaria, menolong orang duka
-----
Dulu, saya dalam kumpulan Siantan. Tengok ajalah slogan kumpulan... berani macam pahlawan... ahahha... go figure! Lihat lah saya sekarang ... ahahahha cuba tengok gambar di bawah dan cuba padankan lencana dengan kumpulannya...
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam...
saya join tunas puteri masa darjah 4, thn 1991...
sy kumpulan cempaka, sentiasa bersuka ria, tetap menolong yg berduka... :)
nice blog bercerita tentang tunas puteri...
Post a Comment