Tuesday, March 31, 2009

Bathtub Test (Are you NORMAL?)

During a visit to the mental asylum, Kay asked the Director how do you determine whether or not a patient should be institutionalized.

"Well," said the Director, "we fill up a bathtub, then we offer a teaspoon, a teacup and a bucket to the patient and ask him or her to empty the bathtub."

"Oh, I understand," Kay said. "A normal person would use the bucket because it's bigger than the spoon or the teacup."

(U guess now, what is the answer? Is that what you guess too??? What did the director of the mental asylum says? )



"No." said the Director, "A normal person would pull the plug. Do you want a bed near the window?

(muakakakkkaka... so are you NORMAL????)

Aktivitiku setiap Sabtu sejak Februari09



Sejak Februari yang lepas, aktivitiku pada setiap hari sabtu adalah... pergi kelassssssssss!!! huhuhu... bukan sebarang kelas tau! tapi pergi kelas kursus penterjemahan am... kira nak dapatkan sijil kelayakan menterjemah ni. Sejak sabtu 14 februari sehingga sabtu 24 April (ada sebulan lagi!)... semua jemputan pada hari sabtu terpaksalah ditolak... nak kejar ilmu punya pasal! kelas penterjemahan ni perlu dihadiri pada setiap sesi, agar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran. Kalu ponteng je atau MIA pada sabtu tu, pasti ada sahaja ilmu yang berguna sudah terlepas! Sayangnya!!! Jadi kena beri komitment sepenuhnya kepada kursus ini... sebab bukan calang-calang orang yang boleh penterjemah yang bagus! Itu kata salah seorang dari tenaga pengajar di situ Pn Juneta (Dia ni seorang Munsyi Dewan... diiktiraf oleh DBP... Munsyi Dewan ni kira macam status tinggi dalam dunia bahasa dan linguistik...Menurutnya dalam beratus-ratus orang yang mohon untuk menduduki peperiksaan untuk menjadi seorang Munsyi Dewan... hanya beberapa kerat aja yang lulus! Kiranya susah giler lah peperiksaan tuu...)

Bila dah menjalani kursus ni... memang banyak benda baru yang dipelajari... walaupun ku sudah berkecimpung dalam dunia penterjemahan ni hampir 9 tahun (!)... tetapi sepanjang kelas yang lepas, memang banyak ilmu baru yang diperolehi! Kini sudah tahu teknik yang betul untuk menterjemah teks umum, teks sains sosial, teks undang-undang and minggu lepas belajar macamana menterjemah teks sains dan teknologi. Akan datang ialah bagaimana menterjemah teks sastera kreatif dan komunikasi massa... lepas tu ialah sesi ulangkaji dan akhirnya peperiksaan!

Tanggal 25 April 2009! Fikir je pasal peperiksaan... bila lah kali terakhirku menempuhi situasi yang sama... 2005!Peperiksaan Komprehensif untuk menamatkan pengajian Sarjana Komunikasi Korporat di UPM... fuhyooo! lama giler tuuu... Selama hampir 2 tahun berkhidmat di IPTS di KL... aku yang dok beri exam pada pelajarku... yalah... dah nama pun pensyarah kolej kan...

Memang sejak dulu lagi, aku tidak gemar untuk menangguh sebarang kerja yang ada... settle kan apa yang ada, dan move on to the next one... ... sekurang-kurangnya hati sudah senang... tidak memikirkan lagi apa kerja yang masih tertangguh... Sebenarnya perkara ini diluahkan oleh seorang rakanku yang berada di London. Dia sedang mengikuti kursus undang-undang! (rakan seperjuangan semasa di kolej dulu - kursus komunikasi massa... sekarang ni belajar undang-undang tuuuu!!! Tabik spring!!! Tooiiiiiii... hehehhe )Dia yang mengucapkan terima kasih kepadaku semasa kami berbual di YM tempoh hari... Katanya lebih kurang begini "Tim, kau menjadi inspirasi ku sepanjang aku menempuhi alam pembelajaraan undang-undang ini..." penyataan yang amat pelik sekali! Bila ditanya kenapa... ini jawapnya... "Semasa dikolej dulu, kau selalu menyiapkan semua assignment tepat pada masanya dan kadang-kadang awal dari itu, dan kau jarang membuat sebarang persiapan last minute!". Aku tergamam...wow! benar ke kenyataan ini... Memang sukar untuk dipercayai... betul ke kau sedang menceritakan tentang diriku...? hmmm... mungkin ada benarnya... ku teringat satu frasa bahasa inggeris "Sometimes other people may see something in you that you never knew before"... ataupun... "Kadang-kadang, orang lain melihat sesuatu tentang dirimu, yang kau tidak ketahui sebelum ini"... hmmm....

Pendek kata... kena buat persiapan awal untuk menempuhi peperiksaan 25 april ini! Wahh... ini mengingatkan aku... ada 2 teks pendek yang perlu diterjemah (assignment ni!)... dan aku juga perlu membuat persiapan untuk semester baru minggu depan nie! Ada kelas baru akan bermula - subjek penulisan dan laporan berita (news reporting and writing) ... kena buat ulangkaji ni! dan penghabisan kelas undang-undang media dan etika media (media ethics and media law). ......