Sunday, May 3, 2009
Pesta Buku Antarabangsa 17-26 April 2009 (1)
"Ada apa dengan Pesta Buku Antarabangsa?"
Sebagai seorang individu yang sememangnya minat segalanya berkaitan buku, Pesta Buku Antarabangsa sememangnya satu peristiwa yang terlalu penting untuk dibiarkan begitu sahaja. Hendak dijadikan cerita, akhirnya aku sampai juga di PWTC Kuala Lumpur pada hari selasa 21 April 2009. Aku ditemani oleh si kecik Danial ... dan juga makngahnya...adikku yang no 2... Kami memang sengaja pergi pada hari bekerja, untuk mengelakkan kesesakan di PWTC nanti... Bukan jalan raya saja yang sesak ya... dalam bangunan pun boleh sesak! Terutamanya apabila ada majlis / peristiwa seperti ini... kami tiba dalam jam 11pagi... itupun ruang letak kereta di dalam bangunan PWTC itu sendiri dah PENUH! Ada ke patut... ternyata ramai orang sudah tiba di pesta buku itu. Berpusing keluar dari ruang letak kereta di bawah... and tiba di bahagian atas. ADA! Aku ternampak seorang lelaki yang melambai-lambai sambil menunjukkan kepada kawasan letak kereta yang berdekatan.
Aku menurunkan tingkap kereta lalu bertanya, "Berapa bang?".
Lelaki itu membelek-belek timbunan tiket yang dipegangnya "Lapan ringgit aja!".
Aku risau kalau bayaran itu untuk setiap satu jam...lapan ringgit sejam! Mampus nak bayar... adoi!
"Untuk berapa lama?"
Lelaki itu mengesat peluh didahinya dengan tangannya. "Tidak kisah berapa lama pun. Bayar sekali masuk!"
Hari memang panas. Khabarnya sekarang suhu sudah mencapai 40C disebabkan oleh pemanasan global...
Kedengaran suara dari belakang kereta, "Bayar jelah Along! Okaylah tu lapan ringgit sekali masuk. Kita mungkin akan duduk lama kat pesta buku ni!"
Rupanya Angah mendengar perbualanku dengan abang penjaga tempat parking itu...walaupun dia sibuk melayan Danial yang tidak boleh duduk diam di tempat duduk belakang...
Aku pun mengeluarkan not merah dari begku yang diletakkan dikerusi sebelah.
"Ok, ok..."
Abang itu mengambil not merah yang diberikan dan memberikan baki dua keping duit biru.
"Terima kasih. Ini resitnya"
Abang itu segera membuka palang untuk membenarkanku memandu masuk ke kawasan parking itu.
Aku berpusing mengelilingi beberapa buah kereta yang sudah tersusun disitu...
Alamak! Takkan takda parking! Kan dah bayar!Adoi! Aku mula risau dan mengerutkan dahiku... dan nampak kelibat abang tadi berdiri di satu ruang kosong di tepi tiang bendera yang ada di hadapan bangunan PWTC.. ada pun parking!
Selepas kereta sudah diletakkan di tempat yang disediakan...aku mengeluarkan beg galas yang mengandungi barang-barang keperluan Danial...
"Ngah, awak bawak Danial, Along bawak beg dia okay"
"Baikkkk... Danial jom!"
Kemudian kami berjalan untuk mencari pintu masuk untuk ke Pesta Buku... tapi tidak jumpa pulak.
Angah menunjukkan ke arah berhadapan dengan tempat letak kereta tadi... kelihatan ada beberapa orang berjalan ke arah sana... "Along! sebelah sana kot? jom!"
Kami pun segera mempercepatkan langkah menuju ke arah yang sama... pada masa yang sama untuk mengelak cuaca yang semakin panas...
Pintu automatik itu segera terbuka apabila kami berada didepannya...
"Wahhhhhhhhhhhhhh!" Danial memang begitu setiap kali dia melihat apa saja yang dirasakan menakjubkan...
Angin sejuk daripada alat penghawa dingin yang terletak betul-betul di atas pintu itu, melegakan sedikit rasa panas yang membahang...
Angah kelihatan keliru dengan apa yang dilihatnya... "Aik? Ini bangunan apa nie? betul ke PWTC ni???"
BERSAMBUNG...
ps: dah jam 4pg nie...serius!...zzzzzzzzzzz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment