Wednesday, February 18, 2009

Sajak Anak Bangsa


Anak Bangsa

Hei Anak Bangsa
Bangunlah!
Janganlah kau tidur
Kita dilahirkan bukan untuk tidur

Kita dilahirkan
untuk
Membangunkan negara
Membangunkan bangsa
Menuju kemerdekaan
Menuju kedamaian
Menuju kejayaan
Menuju kehadapan

Supaya negara kita
akan menjadi
Negara yang berdemokrasi
Negara yang berdisiplin
Negara yang mempunyai undang-undang
Negara yang aman

Wahai
Anak Bangsa
Kami semua
Menaruh harapan
Padamu
Bangunlah!

-----------
Saya tak berapa ingat bila saya tulis sajak ini. Tapi kalu melihat kepada tulisan sajak ini, nampaknya macam tulisan budak kecik. Mungkin masa saya di sekolah rendah dulu. Tapi entahlah, mungkin masa awal persekolahan menengah... hmmmm

2 comments:

Azfaliza Abd Latif said...

tim, saya link blog awak ke blog saya yer? ;)

Fatimah Rodhiah Mohd Yusof / Umi Danial said...

boleh... macamana saya nak link blog awak dgn blog saya lak? yalerr.. saya kan orang baru kat sini... mukakakakka