Thursday, March 5, 2009

Life Handbook 2009




Mana yang bagus, bolehlah dijadikan amalan...
Kalau yang tidak bagus, buang aja yeeeeeeeeeee

HANDBOOK 2009


Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and
eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make timeforprayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality:

11. Don't compare your life to others'.
You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control..
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does..
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past.. Don't remind your partner with his/her
mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems
are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 &under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Saturday, February 21, 2009

Artikel : Solat Istikharah

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

April 27, 2007, 10:17 am

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran”

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

’Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.´

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran. Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan diakhabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini 5 tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan . Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa 'Ya Allah kalau pemerrgian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna´. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita,jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana
pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang
contohnya selepas maghrib.

Niatnya ‘Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala´

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau
apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa
sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat
dahulu).

Terjemahan Doa :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wallah hu’alam

Friday, February 20, 2009

Traffic Jam - Morning Class!!!!


The Jumpstart Creativity class started last week. The 3 hour class had me dragging myself up early in the morning just to join the daily morning rush to the office. It is such a crazy morning as there are 3 tight spots of traffic jams that I must go through. Such a headache!

1st one is the traffic after the Batu 9 toll of Grand SagaHighway in front of the Pheonix Plaza... crazyyyyyyyyyyyy... it is due to the construction of the new highway to replace the small road... which is taking agessss!!! What is the point of paying high tolls and still being stuck in a massive traffic jam?!?!?! cessssssssss...

2nd one is the roundabout at the junction of Jalan Cheras and MMR2... I have to get onto the MRR2 as it is the only direct way to go to college. So this roundabout is a hassle. However, it is slightly better than last time as now there is traffic light at the junction. Last time, no traffic light, it will take agessss just to take the 3-oclock junction.. phew!

3rd one will be the underpass before the exit to Pandan Indah or Jaya (or Pandan something lah) this is one of the crucial point on MRR2 that is always congested no matter what time of the day.

Due to all these reasons, I have to leave my house at least 1 1/2hours before class. such as longgggggggggg way kan... this is to ensure that I reach college early at least 10 minutes before class... (normally I reached 30 minutes before... hehehe)

Howeeverrrrrrrrrr... there are mornings where I overslept and have to rush myself to class and barely make it on time... phew!!!

TRAFFIC JAM in the morning ... ARRGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH....

Wednesday, February 18, 2009

Sajak Anak Bangsa


Anak Bangsa

Hei Anak Bangsa
Bangunlah!
Janganlah kau tidur
Kita dilahirkan bukan untuk tidur

Kita dilahirkan
untuk
Membangunkan negara
Membangunkan bangsa
Menuju kemerdekaan
Menuju kedamaian
Menuju kejayaan
Menuju kehadapan

Supaya negara kita
akan menjadi
Negara yang berdemokrasi
Negara yang berdisiplin
Negara yang mempunyai undang-undang
Negara yang aman

Wahai
Anak Bangsa
Kami semua
Menaruh harapan
Padamu
Bangunlah!

-----------
Saya tak berapa ingat bila saya tulis sajak ini. Tapi kalu melihat kepada tulisan sajak ini, nampaknya macam tulisan budak kecik. Mungkin masa saya di sekolah rendah dulu. Tapi entahlah, mungkin masa awal persekolahan menengah... hmmmm

Lagu Tunas Puteri dll - part 4

Coming round the mountain

She'll be coming round the mountain when she comes (4x)

Chorus : Singing yai yai yippi yippi yai yai yippi yai yai yippi yippi yai

She'll be selling 'kacang putih' when she comes (4x)

(I guess you can improvise and change the wording in between... it can be modified to be a song competition too! ahhaha)

Little Duck

Two little duck that I once know
Fat one, shiny one, two by two
But the one little ducks with
the feathers on its back
He rules the others with a Quack Quack Quack

Down by the river, that would go
Willi, Willa, Willi, Willa
Two by two

Ole-Ole Bandung

Ole-ole Bandung
Baju pendek bikin hati bingung
Ole-Ole (5x) Bandung
Baju pendek sama kain sarung

Lajulah lahi perahu laju
Laju terus ke Surabaya
Lupa kain dan lupa baju
Lupa kain boleh tapi jangan lupa saya

Penat saya menanam padi
Nenas juga dimakan orang
Penat saya menumpang budi
Emas juga dipandang orang

Everybody, Somebody, Anybody & Nobody


This is a story about four people named
Everybody, Somebody, Anybody and Nobody

There was sure that Somebody would do it!
Anybody could have done it
but Nobody did it
Somebody got angry about that
because it was Everybody's job

Everybody thought Anybody could do it
but Nobody realize that Everybody would do it
It ended up that Everybody blamed Somebody
when
Nobody did what Anybody could be !!!

Lagu di Kem PLKN Semenyih


Lagu ini sering di nyanyikan oleh wira dan wirawati semasa saya berkhidmat di Kem PLKN Setia Ikhlas di Semenyih 2005/2006. Asal usul lagu ni kurang diketahui sebab ada cikgu (panggilan bagi semua jurulatih PLKN) beritahu para pelatih yang tukar lirik lagu ini mengikut satu lagu popular di Sabah/Sarawak ( x berapa ingat mana)... ada pelatih yang kata, ini usahasama dengan cikgu. hmm.. x pastilah. yang pasti lagu ini memang popular di kem ini masa saya berkhidmat dulu dan ia memang paling bess bila di nyanyikan beramai-ramai...

Tiga Bulan di Semenyih

Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Ku terkenang raut wajah
Bila ku pejam mata

Tawa riang ubat luka
Teringat kau yang disana
Lagu ini khas ku gubah
Untukmu sayang

Ooohhh.... Ooohhh.... Ooohhh....
Hatiku mula bosan ... (mula bosan)
Rindu padamu bulan
Kemudiannya kau datang

Ye ye ye...
Ku sangka kau riang (kau riang)
Rupanya halau ku pulang
3 bulan di Semenyih